Want your
own Fotopage?









 
shukrisharkawi PhotoJournalistic

By: The Wedding Photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Friday, 9-May-2008 12:34 Email | Share | | Bookmark
Kuala Kerteh dan Ceritanya yang Tersendiri

Asah Mata







Pagi yang gelap kini makin gelap, susah nak agak cuace skang ni, kadang-kadang cerah panas sahaja waktu pagi, tengahari mula gelap. Awan bertompok hitam. "real life photo" yang berjaya saya snap di atas smuanya saya ambil ketika sebelum hujan kat bumi Kerteh ni.

Ada banyak lagi tempat saya tak explore kat Kerteh ni,to all viewers yang tahu tempat yang bersubjek menarik/ berpotensi menjadi subjek menarik, sila drop saja suggestions kat ruangan komen. Mana tau idea yang anda kongsi dengan saya mendatangkan manafaat untuk komuniti kita.

Dekat dengan tempat saya merakamkan gambar-gambar ni terdapat satu kedai makan, memang sedap, terletak betol-betol tepi kuala. Malam memang sentiasa penuh dengan customer. Kepada yang datang ke Kerteh, nak mencari kedai makan mungkin agak susah disini kerana mungkin tidak biasa. Saya recommendkan anda datang dan berkunjung ke medan selera ini. Pada waktu malam, ramai juga kaki pancing datang ke kuala kerteh ni, memancing ikan, ketam dan mencandat sotong disini.

Chill out!!!

Shukri Sharkawi aka SyUk
Photographer/writer

Email pointlessfocus at yahoo dot com
Gallery http://www.flickr.com/photos/xuk/
Just click http://syuksharkawi.wordpress.com/

hi syuk.. baru je ayu tmpah tshirt.. tp kt kuching ni la.. ^__^
sehat ke.. balik kuching sik da madah apa2 ho...
Thu 15-May-2008 14:03
Posted by:ayusafura  - [Link]
suka hasil shoot anda..
buktinya? tegok breder yang angkat tangan gembira tu...
Fri 16-May-2008 01:57
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
Huii lama dah aku tak gi Kerteh ni. Masa memula keja time ada projek dgn Petronas dulu selalu jugak.


http://syakirzainol.fotopages.com
http://tintacreativekl.fotopages.com
http://syakirzainol.blogspot.com
Sat 17-May-2008 04:04
Posted by:syakir zainol syakir.zainol@gmail.com  - [Link]
View all 27 comments Add comment


Sunday, 27-Apr-2008 02:36 Email | Share | | Bookmark
What's new?







Back from Sarawak

Yeahh...quite a long time with no update. Kesibukan bukan kepalang hehe..okeh kali ni saya sajikan mata anda semua dengan sebahagian ole2 saya dari Sarawak. Berbekalkan semangat dengan camera lama yang banyak berjasa, Alhamdulillah dapat saya rakamkan sedetik dua " life-photo". Terima kasih kepada yang banyak memberikan semangat untuk saya terus bergiat dalam cabang seni ini.

Pengumuman Rasmi for Serious Buyer ONLY!

Demi menjawap soalan-soalan dari viewers saya " you jual tak gambar-gambar u, berapa harganya,?" "Ya, sekali dengan special frame,saiz 12 x 15" itulah jawapan saya, untuk melihat gambar-gambar tersebut, sila email saya. Akan saya email butiran berkaitan jualan gambar-gambar ini, jangan takut jangan segan. Harga amatlah berpatutan.

Shukri Sharkawi aka SyUk
Photographer/writer

Email pointlessfocus at yahoo dot com
Gallery http://www.flickr.com/photos/xuk/
Just click http://syuksharkawi.wordpress.com/

: : tringin ke srawak skai lg...hr tu senjata tak cukop nk tembak mnembak..huhu...cantik pic bro.. Wed 7-May-2008 09:35
Posted by:lei  - [Link]
bro kat s'wak lagi ke?
aku nak g sana minggu depan...14-18/5/08
klu ade blh le jumpe....
banyak nak menuntutu ni.....
Fri 9-May-2008 02:02
Posted by:::: joelaily :::  - [Link]
huhuhu......best nya gi sarawak......nice pics bro......... Fri 9-May-2008 09:35
Posted by:jay  - [Link]
View all 32 comments Add comment


Wednesday, 9-Apr-2008 07:53 Email | Share | | Bookmark
Pasar Payang Kuala Terengganu







Assalamualaikum wbt

Dalam kesempitan masa, dapat jugak saya membuat update entry kali ni. Foto ini diambil kira-kira sebulan yang lalu semasa tour dengan rakan-rakan induksi di Kuala Terengganu. Menarik!!! Itu yang dapat saya gambarkan untuk Pasar Payang ini, cuma timing kami ke sana tidak tepat (sebelah lewat petang). Tak banyak yang dapat saya rakamkan. Apapun ini sajian mata untuk kali ini. Jika di negeri Kelantan, terdapat Pasar Siti Khadijah yang cukup terkenal dengan peniaga kaum Hawa. Di Kuala Terengganu pula, Pasar Payang adalah salah satu destinasi menarik yang rugi jika tidak dikunjungi.

Shukri Sharkawi aka SyUk
Photographer

Email pointlessfocus at yahoo dot com
Gallery http://www.flickr.com/photos/xuk/
Just click http://syuksharkawi.wordpress.com/

menarikss ......tak pernah g sini lagi...
pssst...!entry kali ni trip ke langkawi pulak ...
Tue 6-May-2008 02:26
Posted by:EvLensa Photography evlensa@gmail.com  - [Link]
wei..cam na... kata nak bisnes
Wed 7-May-2008 04:19
Posted by:e c a h  - [Link]
best gilo..jurnalist yang hebat. Mon 12-May-2008 07:45
Posted by:arie_gaban  - [Link]
View all 36 comments Add comment


Sunday, 16-Mar-2008 09:26 Email | Share | | Bookmark
Emotions at Petronas Induction Farewell Dinner

Corporate Portraiture Photoshoot








GREAT JOB PIPERS

Setelah tiga minggu bersama-sama menjalani induksi di PERMATA Bangi dan INSTEP Batu Rakit Terengganu, kesemua peserta program sudah berasa seperti satu keluarga besar, serasi dan mempunyai semangat setiakawan yang luar biasa. Meskipun datang dari seluruh Malaysia, pelbagai latar belakang kehidupan, bangsa yang unik dan budaya yang baru menjadi mangkin dan bagaikan ada satu chemistry yang menyatukan semua peserta.

Berbangga dapat mengenali anda semua, satu antara jutaan pengalaman manis dalam hidup yang akan terabadi selamanya. InsyaAllah ada masa mungkin kita semua akan bertemu di lain waktu, di lain program. Semoga apa yang dapat kita pelajari dapat kita manfaatkan untuk pembangunan diri dan alam sejagat.

PROUD TO BE OURSELVES

Kita mungkin boleh meniru gaya orang lain 99.99%, akan tetapi kita tetap tidak akan menjadi orang lain. Mungkin kita pernah merasa menyesal ditakdirkan sebegitu, tetapi pernahkah kita terfikir hikmah mengapa kita dianugerahkan dengan sifat-sifat tersebut.
Menjadi orang lain hanya menyebabkan kita seolah-seolah menipu naluri sendiri. Setiap kejadian itu ada hikmah yang Maha Kuasa tentukan supaya terus menerus kita berfikir dan tidak mengambil jalan mudah dengan berputus asa. Nasib kita hidup kita kita sendiri tentukan jalannya.

Bak kata Nabil Raja Lawak " Lu pikirlaa sendiri"

Untuk foto-foto lain boleh singgah ke Flickr saya

Shukri Sharkawi aka SyUk
Photographer

Email pointlessfocus at yahoo dot com
Gallery http://www.flickr.com/photos/xuk/
Just click http://syuksharkawi.wordpress.com/

style lah wei..haha..lambat plak aku komen entry ni..haha Fri 4-Apr-2008 02:12
Posted by:e c a h  - [Link]
bertemu dan berpisah adat manusia biasa...
hilang di mata tapi dihati tidak lupa....
berdoalah kita agar aman dan sentosa...
semoga kita berjumnpa di lain masa...
Fri 4-Apr-2008 03:54
Posted by:meego  - [Link]
Hai..lama tak singgah fp zai..jom singgah ader entry baru....dan jadi commentor pertama kat entry zai kay.... Tue 8-Apr-2008 09:13
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 33 comments Add comment


Sunday, 9-Mar-2008 02:36 Email | Share | | Bookmark
Sekitar Pilihanraya Umum 12

Democracy in Malaysia








Saya tertarik dengan warna warni kempen PRU 12 Malaysia 2008 ini, pelbagai suara kedengaran. Itu membuktikan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen sejak dulu lagi. Kerajaan untuk Rakyat, Suara rakyat membentuk Kerajaan
Lebih 10 juta rakyat yang mendaftar sebagai pemilih keluar mengundi menunaikan tanggungjawap mereka semalam. Dalam kesibukan tersebut, ada mereka yang kehilangan insan tersayang dalam ketika membuang undi dalam PRU kali ini. Al Fatihah untuk mereka semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh-roh mereka.

Sebentar tadi saya menjenguk website REUTERS/Bazuki Muhammad (MALAYSIA) aka (BM), terdapat banyak gambar suasana pilihanraya serata tanah air. Saya teruja...terdiam seketika..masih banyak yang perlu dilakukan, bekerja lebih kuat untuk mendapatkan hasil foto seperti mereka. Anda semua IDOLA SAYA!Personal website saya terpaksa di tangguhkan buat masa ini, terdapat agenda yang memerlukan lebih komitmen. Apabila sudah sedia untuk di upkan nanti, akan saya updatekan dari masa ke semasa

Regards

Shukri Sharkawi aka SyUk
Photographer

Email pointlessfocus at yahoo dot com
Gallery http://www.flickr.com/photos/xuk/
Just click http://syuksharkawi.wordpress.com/

pru12 dah abes...so ape lak pasni kan...
lawa gamba!
Sat 15-Mar-2008 09:03
Posted by:zilzal  - [Link]
thanx to all
Sat 15-Mar-2008 09:19
Posted by:syuksharkawi  - [Link]
nice pics bro......... Tue 25-Mar-2008 00:17
Posted by:jay  - [Link]
View all 19 comments Add comment


Friday, 7-Mar-2008 06:05 Email | Share | | Bookmark
Energy Receive Energy Return

 
 
Aspiring People Everywhere









Alhamdulillah, seperti yang saya janjikan lebeh kurang 3 minggu lepas, now i'm back with more photos of life. Kali ini saya bersama peserta-peserta program Induksi Petronas seramai 52 orang berkunjung ke rumah anak kebajikan anak-anak yatim di Shah Alam.

Disinilah 30 penghuni rumah Kasih Bestari berteduh menantikan saban hari ada hati yang sudi menjenguk mereka. Sesampai saya di sana, jelas terpancar kegembiraan di riak wajah mereka. Dalam usia antara 7 hingga 12 tahun, saya percaya mereka masih tidak mengerti apa yang telah berlaku dalam diari hidup adik-adik ini. Saya tidak membuang masa terus menyapa seorang adik bernama Tarmizi, tersengih memandang saya tapi tetap mesra. Serba sedikit adik ini menceritakan rutin harian disini, tidak putus petikan pengatup camera saya merakamkan setiap detik team kami disana. Rupanya Tarmizi mempunyai abang di rumah yang sama. Saya terdiam seketika, Allah masih sayangkan mereka, biarpun telah kehilangan insan-insan tersayang dalam hidup dalam usia begitu muda, Tarmizi tetap ada seorang abang yang belajar dalam darjah Enam.

Kemana saja saya pergi sehari suntuk itu, banyak raut wajah 'innocent' yang dapat saya perhatikan. Mengingatkan saya tentang pepatah Melayu ini 'ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya'. Ramai lagi insan diluar sana memang benar-benar memerlukan bantuan kita. Tidak semestinya bantuan kewangan, bantuan dari segi sokongan moral pun sudah memadai. Mengunjungi mereka membuatkan mereka berasa sangat dihargai dan tidak disisihkan disamping mengenal jati diri kita.

Antara yang mengharukan saya, apabila kami membawakan kek untuk adik-adik ini, kesemua berkerumun tidak sabar menantikan kek dipotong. Terdengar gelak ketawa mereka, mungkin sudah lama tidak mereka nikmati hidangan seistimewa ini. Tapi saya puas menatap gelagat cilik comel mereka. Nyanyian nasyid adik-adik ini pula cukup mendayu, ada diantara rakan saya bergenang di kelopak mata, betapa mereka rindukan belaian kasih dari orang tua tersayang.

Sebelum kesana, kami telah membahagikan tugas kepada beberapa kumpulan, ada yang melakukan housekeeping dan beraktivti bersama adik-adik. Semua telah melakukan tugasan dengan komited. Selaras dengan Brand Essence of Petronas 'Energy Receive, Energy Return, Aspiring people Everywhere'. Menjelang petang, kami pun beransur pulang, Tanpa saya sedari Tarmizi dan rakan-rakan mengekori saya dari belakang, terus menangkap tali beg camera saya, apabila saya menoleh dia berkata "nak ikut abang balik...nak ikut..." teringat adik-adik saya jauh di kampung halaman, hati saya tersentuh, saya berpesan kepada Tarmizi dan rakan-rakan, jangan malas-malas belajar, bila besar jadilah orang berguna dan berjasa. Ada rezeki saya teringin utk menjenguk mereka lagi, bukan wang ringgit mereka perlukan, cuma perhatian yang selama ini mereka tak pernah rasai, tak pernah dimanjai...

Untuk Foto lain, saya menjemput tuan-tuan semua ke galeri Flickr saya.. SELAMAT MENGUNDI!!!

Regards

Shukri Sharkawi aka SyUk
Photographer

Email pointlessfocus at yahoo dot com
Gallery http://www.flickr.com/photos/xuk/
Just click http://syuksharkawi.wordpress.com/

selagi kita tak bertemu dengan mereka2 yang betul2 memerlukan kita takan sedar betapa
hidup kita jauh lebih bernasib baik dari mereka..........
Sat 8-Mar-2008 06:17
Posted by:jay4to  - [Link]
Bro..tgk pada gambar tu..dapat rasa mcm mana perasann diaorang..belum baca ko nyer penulisan lagi..tersentuh jugak la..bila membaca nya..mmg berbakat besar dalam penulisan & pengambaran nie.. Mon 10-Mar-2008 12:24
Posted by:kezwanm
Gilas r..xsangka aku dok sblah bakal talented fotographer kt induction ritu...gempaxs siot.. Wed 12-Mar-2008 13:50
Posted by:shah
View all 4 comments Add comment


Saturday, 1-Mar-2008 16:05 Email | Share | | Bookmark
Masih Ada Yang Sayang



Coming Soon!!!

Regards

Shukri Sharkawi aka SyUk
Photographer

Email pointlessfocus@yahoo.com
Gallery http://www.flickr.com/photos/xuk/
Just click http://syuksharkawi.wordpress.com/




yang putus tak bermakna tidak boleh disambung lagi......... Sun 2-Mar-2008 10:59
Posted by:jay4to  - [Link]
ya.. betul tuh.. mmg masih ada sayang.. Thu 6-Mar-2008 09:44
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
teringat kat adik aku... Sun 30-Mar-2008 12:55
Posted by:razak latif  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 15-Feb-2008 21:14 Email | Share | | Bookmark
J a l a n T e r u s

Sepetang di Dungun Ber Photojournalism








Petang tadi saya bersama seorang rakan sefotografi pegi ke pantai Dungun, Terengganu, kira-kira 40 minit dari Bandar Baru Kerteh. Sampai di pantai dalam pukul 430 petang. Angin laut cina selatan bertiup agak kuat,ombak besar dan kuat. Mata lensa kami terus mencari sasaran yang menarik. Akhirnya kami menemui satu tanjung buatan manusia, ada pondok untuk berehat di situ. Kelihatan 3 orang kanak-kanak sedang bermain di atas timbunan batu. " Ini subjek yang menarik" detik saya dalam hati sambil merapati mereka. Pada mulanya mereka agak segan dan malu, dalam tak sampai 5 minit mereka mula selesa dengan kehadiran kami. Mata mereka memerhatikan kamera ditangan kami hehehe. "Farhan, Aiman & Asmawi" itulah nama 3 sekawan ini. Aiman pulak abang kepada Asmawi. Begitulah ceritanya.

Suasana pilihanraya mula dekat, rakan selapangan fotografi dengan saya disini sibuk mengusulkan untuk mencari gambar suasana kempen pilihanraya, bukan selalu dapat event seperti ini. Ada masa dan peluang akan saya cuba dapatkan gambar-gambar untuk tatapan semua. Photo Hunting akan tetap diteruskan demi dedikasi dalam dunia fotografi.Kadang-kadang bukan semua orang menghargai apa kita buat, tapi jangan kita pikir sangat, kita buat kerja ikhlas, InsyaAllah akan terbayar jugak suatu hari nanti.

Ini adalah entry saya sebelum "away" selama lebeh kurang 3 minggu. InsyaAllah i'll be back with more "photos of life". ENJOY!!!

Regards

Shukri Sharkawi aka SyUk
Photographer

Email pointlessfocus@yahoo.com
Gallery http://www.flickr.com/photos/xuk/
Just click http://syuksharkawi.wordpress.com/

Nice shot!! Thu 28-Feb-2008 13:17
Posted by:171
gambar 2 akhir tu menarik betul!!! Tue 4-Mar-2008 04:36
Posted by:yatie  - [Link]
nice series u got here bro...teringin gak nk try wat photojournalism camnih...tp tak sempat2 lg...huhu~ Thu 13-Mar-2008 05:32
Posted by:mas  - [Link]
View all 33 comments Add comment


Monday, 11-Feb-2008 18:19 Email | Share | | Bookmark
P r e W e d d i n g

Sudah Bermula









Alhamdulillah, photoshoot pertama (Pre Wedding) dalam tahun 2008 untuk pasangan Yusof & Norlaili dh di upload. Mereka ini adalah teman sekampus saya dari tahun 2002-2006 dan mengikat tali pertunangan selepas hari raya EidulFitr tahun 2007. Ini siri yg pertama untuk portraiture ini, ada lagi siri kedua yang akan menyusul kemudian. (Korang merasmikan jadual photoshoot aku taun ni)


Regards

Shukri Sharkawi aka SyUk
Photographer

Email pointlessfocus@yahoo.com
Gallery http://www.flickr.com/photos/xuk/
Just click http://syuksharkawi.wordpress.com/

wakaka...tq bro..waiting for next trip Thu 21-Feb-2008 13:06
Posted by:ucop
ucop...bereh bro!!! Tue 4-Mar-2008 03:27
Posted by:syuksharkawi  - [Link]
tq's visiting my fp -->> http://honeywatiabd.fotopages.com
pre wedding nih sempoi la bro....
Tue 11-Mar-2008 02:00
Posted by:honey ibbney241@yahoo.com  - [Link]
View all 26 comments Add comment


Monday, 4-Feb-2008 18:40 Email | Share | | Bookmark
The J o u r n e y all the w a y






Tahun Melawat Terengganu 2008

Semua dah sedia maklum dengan event-event menarik apabila disebut Tahun Melawat Malaysia, secara spesifiknya Tahun Melawat Terengganu 2008. Meskipun bukan anak jati negeri yg penuh dengan adat tradisi masyarakat pantai timur, saya tetap berbangga menjadi rakyat bumi bertuah Malaysia ini. Syukur ke hadrat Tuhan Maha pencipta, pemilik segala kurnia di langit dan di bumi.

Sebut sahaja Terengganu, terbayang dalam kepale gambar penyu bertelur, Rantau Abang. Itulah tempatnya sanctuary penyu-penyu yg mendarat di sini. InsyaAllah ada rezeki akan saya bawakan foto penyu sedang bertelur untuk tatapan anda semua.

Emotions behind Pictures

Apa yang saya cari dalam suatu gambar? Apa yang client mahu dari saya? Ini adalah soalan-soalan yang mampu 'push us to the limit'. Kalau dahulu main camera adalah perkara yang sangat mahal, skarang ini DSLR adalah barang mampu milik (not referring those high-end SLRs). Dengan melihat hasil kerja fotografer lain dan sedikit imaginasi, saya percaya suatu gambar yang sangat mendalam maksudnya akan dihasilkan. Antara rancangan di Astro yang selalu saya tonton adalah Through The Lens ( NatGeo), menyaksikan aksi-aksi berani mati fotografer-fotografer mereka membuatkan saya teruja. Ini adalah suatu kerja yang mendedikasikan full commitment, kepuasan tak tergambar bila dapat capture that golden moment. Kadang-kadang kita terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan foto yang boleh dikategorikan sebagai PERFECT, itulah realiti dunia fotografi yang tak ada hujungnya.

Regards

Shukri Sharkawi aka SyUk
Photographer

Email pointlessfocus@yahoo.com
Gallery http://www.flickr.com/photos/xuk/

aku pun baruk update fotopages.
n my flickr: http://www.flickr.com/photos/k-rule/
Sun 10-Feb-2008 04:03
Posted by:k. arifin  - [Link]
hmm ... saya pon byk kena blajar ... mmg btol aper bro ckp ... kadang2 kiter kena tunggu lama utk shoot 1 pic je ... tp biler dpt output menarik, 100 tahun kiter tersenyum

nota kaki busuk : FP saya dh update ... kalo ader free time, moh click link tu ... tq coz singgah b4 dis
Sun 10-Feb-2008 13:59
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
mari mari melawat terengganu.. waa kena blaja tangkap pic nie... makin cun laa... Sun 10-Feb-2008 22:30
Posted by:kindaichim  - [Link]
View all 20 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.